Wakil PIBG SKLT diketuai Yang Dipertua, Encik Ishak Mohamad dan Puan Guru Besar Zahariah Isa menyambut kedatangan tetamu yang dipimpin oleh Yang Dipertua PIBG SKHK, Encik Abdul Razak Hussein, yang ditemani setiausaha PIBG SKHK, Cikgu Mohd Hafiz Ahmad, dua AJK PIBG Encik Ramli Abdul dan Encik Ghaffar Saidin.
Pertemuan singkat selama beberapa jam, mencetuskan hasrat kedua buah sekolah ini untuk mengadakan program kerjasama pada Julai nanti. Program ini, akan menjadi titik tolak kepada hubungan yang lebih erat sebagai sekolah angkat.
Menurut Encik Ishak, hasrat PIBG SKHK mengadakan program kerjasama dua hala SKLT dan SKHK pada Julai nanti, melibatkan aktiviti seperti lawatan sekolah, sukan persahabatan, acara kesenian dan perkhemahan sekolah, sangat dialu-alukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan